Moga kehadiran ramadan yang mulia ini dapat membuka peluang kepada kita untuk menggunakan sebaik mungkin kelebihan dan keistimewaannya untuk lebih mendekatkan diri pada yang MAHA ESA.Jangan lepaskan peluang yang sangat berharga untuk beroleh 3 perkara utama yang perlu disasarkan oleh kita sebagai objectif utam:rahmat dari Allah,keampunan-Nya dan terlepas dari api neraka.
Harapannya kedatangan bulan ini , diri kita boleh diperbaiki sebaik mungkin untuk menutup lubang-lubang hati yang durjana yang selalu mengajak ke arah yang tidak baik.harapannya setelah hati ini bersih,tiada lagi titik-titik atau noda-noda hitam yang akan menentukan baik buruk tidakan kita seharian untuk bekalan menanti ramadan yang akan datang.
ramadan kariim..
Monday, September 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)

No comments:
Post a Comment