Saturday, September 20, 2008

Doa dalam rindu




Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerna masih membenarkan aku bernafas dan meneruskan kehidupan dengan apa yang ada,yang diberikan yang pastinya diketahui semua sebagai percuma..Cuba sentiasa memperbaiki diri agar sentiasa menjadi bersyukur atas nikmat yang bertambah setiap hari,yang hanya selayaknya didedikasikan kepada Allah.

Kebelakangan ini entah kenapa dengan serabutnya kepala memikirkan banyak tests,assignments, and labworks,masih sempat bermain difikiran aku,tentang cerita kawan-kawan lama aku..apa agaknya khabar mereka..dah kerja ke?masih belajar lagi ke?sihat ke?terasa amat rindu untuk duduk bersama dan bersembang..bercerita masalah dan saling memotivasikan diri ke arah yang lebih positif.kadangkala terasa marah juga mengapa mereka tak hubungi aku,mungkin aku yang kene buat agaknya..tak mengapa bersangka baik adalah lebih baik.mungkin ada sebab nya. Dalam tak sedar semua sudah mmbawa haluan masing-masing..agaknya siapakah kami 20,atau 30 tahun akan datang?pertemuan dan perkenalan yang singkat mampu menyimpan serbu satu momen sama ada yang berbentuk indah, bersegi duka mahupun menjadi titik tolak kepada satu perubahan dalam hidup..hanya Allah sahaja yang lebih Mengetahui setiap inci perilaku manusia.

Selamat hari lahir kepada kawan-kawan yang menyambut ketika bulan yang mulia ini.Berdoalah sebanyak mungkin untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.Moga umur kalian diberkati dan masa depan mendatang diharungi dengan penuh kesabaran,dan bersandarkan ketakwaan kepadaNya.

Mustahil lah di dunia ini tiada sesiapa yang tak pernah buat silap.Jika pernah aku memalitkan hati rakan tanpa aku duga impaknya, seribu kemaafan aku lahirkan dari diri yang hina ini untuk semua kawan kawan-kawan ku.Aku hanyalah insan biasa yang tetap melakukan kesalahan walau sehebat manapun aku.

Firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)

Teringat pada satu ceramah yang pernah aku hadir,ia memperkata tentang keaiban orang.Katanya ”barangsiapa yang menjaga keaiban orang di dunia ini maka,di akhirat nanti Allah akan menjaga keaiban nya”.

Allah s.w.t. juga berfirman dalam al-Quran al-Karim: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nur 24: 19)

Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya.

Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 48: 12)

Terasa diri ini kerdil sangat,kerana kerapkali memperkata tentang orang lain.moga kita sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Untuk hidup bahagia,lupakanlah masa lampau,kerana ia hanyalah kenangan.Ia hanya akan jadi sejarah.di akhirat nanti segala yang dilakukan kita pasti ditanya apa,mengapa dan segala-galanya.Di bulan yang mulia ini,esok hari terakhir fasa keampunan.Mari kita beristighfar sebanyak mungkin.Terlalu banyak dosa kita,yang kita sedari mahupun tidak.Inilah peluang terbaik yang sewajibnya kita pergunakan.Kalau mulut kita mampu memperkatakan tentang dunia sewenang-wenang nya,mengapa tidak kita tebus dengan memohon ampun daripada Allah.

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.”..Betapa kita perlu menghormati kawan kita,and jaga maruah and keaiban dia,ikhlas berkawan dan bukan menindas dan menipu nya..juga jaga keselamatan and hartanya..


Dalam mengingati kawan-kawan,hanya doa aku panjat kan untuk semua Berjaya di dunia dan di akhirat.Hanya doa mampu aku beri,untuk mengubat rindu dan harapannya kita bisa bertemu di syurga nanti.Ambillah peluang yang ada untuk merapatkan ukhuwah dan jangan putuskan tali persahabatan dengan bersikap prejudis terhadap hubungan dengan kawan lama.


Rasullullah pernah bersabda ”Tidak akan masuk syurga siapa yang memutuskan persaudaraan”.jika ada dendam dengan manusiaia leraikan lah kerana ia tak akan membawa untung pun pada kita,hanya mengotorkan hati.Jika ada salah maafkan lah,kerna siapalah kita menentukan pahala dan dosa.Fikirkan lah,mana tahu kita akan melakukan salah pada orang lain pula dimasa akan datang?Hidup kita hanya sementara.Bersemangatlah untuk hidup dan mengabdikan diri pada Allah.tentu balasan yang baik dan mulia menanti..!Insha Allah..


Kejadian best harini :

1. Mamosa cube menyelak note waktu test,betul ke..hehe..bila aku toleh die tersengeh2..

2. Waktu test microstructure tadi, tetibe kelas tu ada orang lain nak gune,terpaksa pindah kelas lain,maka mencanak2 la,soalan terpacul dr mulut aku pada mimosa n serban..hehe..nak make sure je jwpan tuh.and 1 more thing,muhammad(libyan) yang menyuruh hadirin senyap dengan mengatakan ''kita semua berpuasa" meminta jawapan ku..hehe..siap suruh tulis lagi..sian kat dia.(beliau selalu dipermain and ditipu oleh mamat iran yang selalu perasan bagus!)
3.Aku berasa tertipu oleh makcik yang menjual dadih,puding dan bubur harini..semalam harga lain,harini bertambah mahal..apapun itu hak dia,aku pun halalkan je.

4. Lepas terawih pegi Giant dengan ZIE, hanya untuk membeli air dan tisu(betapa boringnye duduk kat UTM nih!)kebetulan jumpa dgn kawan@roomate mamosa..kantoi !depa nak masak ikan bilis petai masak pedas malam ni..sedapnya..yang peliknya mamosa tanya kenapa tak ajak die pergi same?ha?

5. Best nya....smple stainless steel aku dah weld,tinggal potong n tengok microstructure..seronok dapat pair n keje dgn budak cantik ni,becoz keja aku senang..abang lab semua nak buat baik2 dgn dia..tumpang sekaki.hehe.(thanks azizah!)
6.Aku masih geram;buku yang hazwan suggest tu tak de pun kat MPH taman U..dari beirut ke jerusalam karya Dr ang swee ape ntah!si cashier tu kata out of stocks!tak sabar nak baca becoz buku ni aku nak jadikan ulasan untuk subject philosophy of science!hehe..menyelam sambil minum air..

7. Tak sabar nak balik raya…cepat la minggu depan!

6 comments:

Anonymous said...

ko byk wat slp ngn aku wpun br beberape bln... hehehe...

muzamirmahat said...

hehe..sorry bebanyak la ye!tu la motive aku write on this topic..

Anonymous said...

ewah2 dh ade tokok tmbh dh...xpela muz,dh nsb ko nk kene ditipu.. adakah itu blsn sbb slalu ngate aku ngn zidah...hahaha.. actually zila tu die br pas berbuke puase ng cousemates die.. so die trus la g giant.tgl aku kesorgn..

muzamirmahat said...

haah ade tambah..ade yang baru teringat..hehe..owh camtu ek ceritenye..ape2 je lah..

btw,same2 amik pengajaran ye dalam kisah kali ini..hehe

aku tak join break fast laila n fauzi tu..tak de duit la,mahal sgt,even muhammad nak treat aku.hehe.

hazwanali said...

penat je crite pasal jgn mengumpat kwn dll..tup2 kat bwh tu ko pun terngumpat cakap "mamat Iran tu perasan bagus"..huhu..anyway nnti aku jumpa buku dr beirut ke jerusalem tu, aku belikan ko..aku pun pinjam org..kalo ko dah jumpa msg aku k..

muzamirmahat said...

hehe..tu la geram sangat kat budak tu..tapi harini dia bersedih sebab grandpa nya passed away semalam.

aku dah minta ampun pun kat die..by sms ..hehe..eh tolong bli wei,aku nak baca cuti raya nih..

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)