Friday, September 12, 2008

Hidup dalam kenangan..?

Alhamdulillah…Maha Suci Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..sedar tidak sedar 12 hari puasa sudah berlalu..hari ni buka dgn gg(ustaz panggil die,ZIE..hehee),makan ikan bakar..sedap sangat..rasa macam nak beli lagi esok..2ekor RM7.dengan air tebu.hasil belian bazaar di taman U..

Kami asyik berborak tentang kenangan waktu sekolah menengah(aku dgn gg bukan satu mrsm,tapi dia budak mrsm jugak),masing2 cerita tentang kisah2 lucu yang buat aku nak pecah perut..inilah kerja kitorang becoz topic perbualan sometimes dah takde dah,lagipun boring2,kenelah gelak sikit2 kalau tak mati kutu plak duduk kat UTM ni..ye la 3sem je nak habiskan master aku.

Aku ingat lagi masa kat mrsm tragedy pura2 solat di surau..akibat ketakutan di kejar pak guard,ditambah suara warden yang menjerit menyuruh masuk balik hostel.ini semua gara2 nak celebrate besday kawan..best sgt malam tu..smpai suara warden bergema “ha,yang kat surau tu,tak payahlah pura2 alim,dah2 la solat hajat,balik hostel sekarang!!!’’..so,semua balik la hostel..tu la hari aku paling gelabah n takut gila bila buat salah..sebbaik pak guard tu baik,lepaskan..(nak compare dgn pak guard kat UTM ni ,bahaya sikit,asyik meronda je,aku dah pernah kene saman,coz tak pakai kad matrik,selainnya ku berjaya meloloskan diri atas kesalahan parking;tapi mereka buat kerja mereka,aku yang salah..hehehe).

Lepas tu ade lagi tragedy,kawan aku terlepas pintu kuat2 lepas warden kuar dari bilik dia,warden tu ingat kawan aku tu marah dia,tapi terhempas actually,ape lagi warden t uterus buka pintu balik..sian kawan aku ketakutan n sangat terketar2,sambil tergagap menjawab2 minta maaf tak sengaja..

Terlalu banyak sgt kenangan kat mrsm..makan hari sukan aku kecewakan kengkawan acara 4x400..aku first runner..400 m kan kene maintain stamina yang kuat..aku plak g pecut2 kuat2 bila start..200m jalan dah tercungap2..Then finally dapat no 4..sedih masa tu..tapi nak wat cmne..dah jadi..masa kat sekolah agama kenangan banyak gak..tapi hanya melibatkan kawan2 yang dekat(makan2 jamuan yang pelik..tidaaak!!ehsan,inat lagi tak waktu form1 tu)..masa form1 till form3 aku seorang yang penyenyap(coz makan masa yang lama nak adapt dgn new environment)if orang tak kenal aku..pernah di offer jawatan pengawas,aku tolak..masa tu tak nak jadi glamour or being hated by people..hehehe.

Ye la tau2 je la prefect ni nak kene monitor orang..salah cakap kene benci..masuk mrsm aku menyedari kepentingan active2 ni,masuk la PRS and join perstuan pelajar islam maktab.ok la jugak,ade sijil..hehe.namun sijil bukan la segala2nya bagi aku.. harga sebuah pengalaman memang tiada galang gantinya..walau dganti dgn wang ringgit..chet..!


Ada pepatah ‘’it is better to die in memories, than to live with only dreams..’’..betul gak..we should’nt live in memories,hari ini akan jadi kenangan hari esok..kalau kita Berjaya hari ni,tak semestinya Berjaya hari esok.thus we need to have dreams and goal to be achieved.kene berusaha kuat dan bijak mengatur langkah..if we fail to plan,means we plan to fail..kenangan yang terimbas mungkin membantu kita bertambah kuat untuk meneruskan kejayaan jika kita sedang berada dalam kesenangan mahupun kesengsaraan..namun kenangan yang lalu juga mampu membantutkan usaha tatkala kita leka dengan kejayaan yang kiat kecapi ,dengan lupa kita kene terus berusaha untuk meneruskan kejayaan dan mempertahankannya..eventhough liffe is full with ups and down..bila yang kat bawah tu,sakit sangat..remember we have Allah!

Maka itu aku percaya,kenangan hanya untuk diimbas,dan bukan untuk dikembalikan,kerana ianya memang la mustahil.setiap transition dalam hidup memerlukan perubahan yang sesuai dengan environment,jangan mengganggap kita perlu hidup seperti dulu(tapi tetap berpeganga pada jalan yang diredhai Allah)..kejayaan hanya akan jadi sejarah semata ,jika ia tidak diteruskan,maka ia hanya akan tinggal sebagai sejarah.Betapa perlu kita memastikan hari ni lebih baik dari semalam.dan esok tentunya lebih baik dari hari ini..kalau tidak kita tergolong dlam kategori rugi dan celaka.


Kenangan kadangakala mematangkan kita dalam erti kata lain mengajar kiat untuk tidak melakukan sesuatu yang kita tahu ketidak ada manfaatnya.in short,orang kata kalau dah tau najis tu busuk tak payah la nak hidu lagi atau sengaja mahu mengetahui tahap kebusukannya.Do not ever repeat any mistakes done before unless u will be categorized as stupid..But I admit, we are human never been perfect(but may be a part of the perfect) We Might repeat the mistake. What should we do just be more careful throughout this life. Always ask for Allah help and being really dependent to HIM.Allah knows best.see then.

7 comments:

dayangbest said...

weh
penat aku nak baca
paragraph mana???

muzamirmahat said...

hehehe..next time aku bubuh paragraph..takpon kalao rajin aku edit..
daaaaa!!

hazwanali said...

wahaha..aku berada ditempat kejadian semua peristiwa kat mrsm tu..haha..dan aku pelari ke-2 yg selalu mengungkit kekalahan tu..

muzamirmahat said...

hahaha..klakar kan mase tu..tapi skrang bleh jd sweet moment,tapi sweet lagi bila menang kan?..hehe

Anonymous said...

ntah ape2 panjang tul citer...cikgu sek men dulu tak ajar wat rumusan ke??? ni mesti fail bm karangan...

muzamirmahat said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tak perlu nak kaitkan nama mohs azizi yang suci dalm blog ko ok...amaran keras!!!

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)