Friday, September 5, 2008

Jadilah orang yang paling bahagia.. siri 2 (11-15)

11.Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama , aqal, kesihatan, pakaian, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, serta segala .

12.Tidakkah anda menyedari bahawa di kalangan manusia itu,ada ynag hilang aqalnya atau kesihatannya,terpenjara,lumpuh,atau ditimpa musibah lainnya?

13.Hiduplah bersama alquran,baik dengan cara menghafalnya, membacanya, memperdengarkannya, atau merenungkan ayat ayatnya kerana alquran adalah penawar yang paling mujarab bagi mnehilangkan kesedihan dan kedukaan.

14.Bertawakkal lah pada Allah;serahkan segala urusan kepadaNYa;redhailah di atas ketentuanNya dengan sepenuh hati.Mintalah perlindungan kepadaNya,dan bergantunglah segala urusan kepadaNya,kerana sesungguhnya dialah Dzat Yang Maha Mencukupi dan Menjamin segala keperluan anda.

15.Maafkanlah orang yang menzalimi anda,dan sambungkanlah sillaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda.Berilah peluang orang yang tidak pernah memberi kepada anda,dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda.Jika anda mampu melakukan semua ini,nescaya anda akan memperoleh kebahagiaan dan ketenangan..

sampai berjumpa lagi..nak buka puasa dah..

No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)