ini adalah karangan DR'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI.
there are about 566 kata-kata hikmah ,but
for this time i share only 10 wisdom words(lacking of time):
1.Berimanlah,kerana iman boleh menghilangkan keresahan, dan melenyapkan kegundahan.Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang -orang yang suka beribadah.
2.Apa yang berlalu,biarlah ianya berlalu.dan apa yang pergi,biarlah binasa.Jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu kerana ia telah pergi dan lenyap.
3.Redahalah dengan taqdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah dibahagi itu dengan hati yang terbuka.segala sesuatu itu sudah ada ukurannnya,maka tinggalkanlah keluh kesah.
4.Ketahuilah,orang yang menginagati Allah,hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus.dengan menginagti Allah,Dzat yang MAHA MENGETAHUI segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.
5.Jangan sesekali mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain.Cukuplah pahala dari Dzat tempat bergantung segala makhluk.Anda tidak perlu takut terhadap orang yang kufur,pendendam dan iri hati.
6.Apabila anda berda di pagi,janganlah menunggu datangnya petang.Hiduplah dlama batasan hari ini shaja.Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik dari hari ini.
7.Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya,dan jangan terlalu cemas dengan hari esok.Kerana jika anda melakukan terbaik di hari ini,pastilah hari esok akan baik pula.
8.Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan irihati.buangkan jauh-jauh perasaan permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda.
9.Cubalah mengasingkan diri dari manusia,kecuali, untuk kebaikan.Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah.Laksanankanlah urusan anda dengan baik dan kuranngkanlah pergaulan dengan orang lain tanpa faedah.
10.Buku adalah sahabat terbaik.BErgaullah dengan buku,bersahabatlah dengan ilmu.dan bertemanlah dengan ma'rifat(pengetahuan).
selebihnya maybe pada psot akan datang.moga hayatilah dan fikir-fikirkanlah.
terbitan al-hidayah
Monday, September 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)

No comments:
Post a Comment