Monday, June 30, 2014

RAMADAN KE-2 DI UK

Bismillah.

Hari ini masuk Ramadan kedua untuk tahun ini. Ini kali kedua aku berpuasa di UK. Jauh dari keluarga tersayang. Alhamdulillah, puasa kali ini ok. Lama tu memang lama.

Secara jujur, aku sudah malas nak fikir untuk merasa sedih. Tapi bila mula untuk menulis, aku mula lah berperasaan. Mengakui bahawa aku sebenarnya sedih. Merindui suasana bersama orang tersayang. Sedar, sekarang aku jarang beri peluang pada diri untuk merasa sedih. Entah.

Aneh juga,puasa kali ini, aku tidak ada rasa mahu terliur dengan makanan-makanan terupload di alam maya oleh kawan-kawan. Asalkan aku ada makanan untuk makan, itu sudah lebih dari cukup.

Baru-baru ini, Dayang dah lulus Phd. Aku tumpang and sangat la gembira. Dayang baik dan rapat dengan aku. Kami banyak kongsi masalah, suka dan duka. Atas usaha keras dia, Dia dah lepas Phd tu. Aku dokan dia terus sukses bila balik Malaysia nanti. Dayang, you are the best!

Aku kini, di tahun dua. Bila fikir semula, aku sudah berada 1 tahun 4 bulan di London ni. Tapi banyak sangat aku masih tak tahu. Ilmu Allah itu sangat la banyak dan luas. Yang sedang aku cari ini pun, terlalu kecil sangat. Apa-apa pun, aku kene lulus PhD ni. Ya Allah mudahkanlah perjalanan ini.
Rasa tak sabar sangat nak balik Malaysia dan mengajar.

Aku akui, perjalanan PhD aku tidak terlalu licin. Perkara-perkara penuh dramatik banyak berlaku. memang ia proses pembelajaran yang berliku dan banyak air mata yang telah dibazirkan. Kadang -kala hampir setiap hari ketika dalam bas, aku menangis tidak tentu hala. Entah.

Aku fikir, perjalanan ini banyak tertumpu pada disiplin dan proses membaiki diri. Untuk menjadi orang yang berilmu tinggi, disiplin pun kene tinggi dan semangat juang yang hebat.

Aku doa semoga apa yang aku lalui ini, adalah takdir terindah dan terbaik dalam hidup. Aku percaya, semua orang ada cerita dan jalan hidup nya sendiri, namun kita menuju ke destinasi yang sama, yang kekal abadi.

Wassalam.






Thursday, November 28, 2013

Bismillah

Alhamdulillah, sudah hampir Sembilan bulan aku di kota London. Kota penuh dengan kemeriahan duniawi juga sarat dengan ilmu. Tergantung pd yang menilai dan cara kita hidupi nya
Sudah lama aku ingin menulis, tapi aku belum cukup kuat untuk biarkan jari aku menari atas huruf-huruf ini , risau apa yang aku tulis sedikit pun tiada manfaat nya pd orang lain atau pada aku sendiri.
Risau itu hanya lah alasan.

Cerita #1
Aku semakin hampir untuk  hadapai viva 9 bulan pertama. Report setebal 65 ms sudah lama sangat aku godek, ubah sana sini. Dah 2 kali hantar pd post-doc mentor aku. Sekali pd main and co-sv. Banyak harus diperbaiki. Terutama figure2, graph2 dan chemical structure.

Proses belajar memang pahit.
Di hina , dicerca (pada pandangan aku sahaja, boleh jadi pd mereka itu biasa) itu sangat la menyakitkan. Menjadi seorang yg jarang melawan dan selalu angguk je. Itu lah aku. Aku sentiasa percaya perkara-perkara ini adalah yang terbaik untuk ku. Aku mohon Allah sentisa beri apa yang baik untuk aku. Jadi, aku yakin itu lah yg baik untuk aku. Aku berubah bila aku terasa.

Aku terlalu berharap aku boleh balik ke Malaysia lepas viva. Dan harap nya viva tu akan jadi secepat mungkin.




Cerita #2

Alhamdulillah. Kuasa tuhan  itu melimpah ke suluruh alam. Kepada semua manusia. Kepada yang mahu dan yang enggan sekalipun. Bulan lepas, aku dinaikkan pangkat DM52, ke jawatan pensyarah kanan. Aku gembira. Mak, bapak dan keluarga aku, semua kongsi kegembiraan ini. Tidak lupa kawan-kawan yang baik dan fahami aku, semua gembira. Aku harus terima kasih terutama pd dayang, rj, zarif, geng lorong CTU, yang selama ini menjadi penyumbang mewarnai hidup aku. Juga-kawan2 lain. Aku doa kita semua Berjaya dunia akhirat dan Berjaya capai impian.
Ada yang tak gembira?  Ada mungkin. Aku seharusnya tak perlu fikir perkara ini. Tapi kerana aku ada pemikiran seperti manusia biasa,aku terfikir apa orang akan kata.aku juga dengar perkara yg tak enak. Apa-apa pun. Itu lah rencah kehidupan. Aku bukan lah siap2 mahu memuaskan hati kamu2 semua. Aku doa kamu semua dapat yang baik untuk kamu.


Aku fikir ini amanah yang besar. Bukan semata-mata wang. Tetapi aku harus pamerkan kualiti kerja. Menjawat jawatan pensyarah kanan pada usia ini, aku sangat bersyukur. Aku juga punya impian dan target. Aku mahu jadi insan berguna pada ummat ketika usia muda, tua dan sepanjang hidup aku. Aku mahu jadi professor bidang aku. Aku mahu capai nya sebelum umur ku 40 tahun. Mustahil? Ia tidak mustahil kalau usaha dan restu Allah mengiringi pasti tercapai. Moga-moga menyumbang sesuatu untuk umat dan sumbangan ini jadi bekalan aku di sana nanti.

Cerita #3

Secara umum, hampir 9 bulan di sini, aku lalui banyak perkara. Dari segi kehidupan sosial yg mencabar,aku kenal apa itu persahabtan, apa itu kasih saynga dan apa itu nilai ukhwah. Kawan mudah di cari, tapi kawan yang kan bersama kita di atas dan di bawah, bukan senang nak cari. Entah lah. aku hnya bawa watak aku yang begini. Aku juga belaja budaya sangat menghargai orang di sini. Lebih selalu berterima kasih. Walaupun London selalu di omokkan dgn dengan  kehidpuan elit, kesombongan dan keangkuhan. Aku peduli apa.  aku lupakan pandangan manusia-manusia begini. Kerana aku tak pernah lekang senyumku bila Nampak orang Negara ku di sekitar. Bukan kene bayar pun nak senyum.

Aku selalu jumpa manusia yang kata, “eh jgn kawan dgn melayu. “Jgn pergi kawasan tu sbb ada melayu. Nanti kau takkan maju. Kau takkan berfikiran yg lebih bagus.
Aku faham apa yang cuba mereka sampaikan. Bagi aku, kau kawan lah dengan sesiapa pun. Kalau kau yg tak mahu berubah, kau tetap manusia sama. Kau sbenarnya yang aneh. Membiarkan orang lain mempengaruhi hidup kau.

Berubah lah kerana tuhan.

Aku juga pernah banyak melakukan khilaf. Kerana terikut2 kan kawan. Saya salahkan diri aku sendiri. Kerana membiarkan mereka pengaruhi aku, walaupun mereka tiada niat mmpengaruhi.
Kita belajar tentang kehidupan. Hidup ini sekolah. Setiap hari kita belaja benda baru.
Harapannya kita lebih baik dari semalam. Bukan celaka mahupun rugi. Susah? Memang. Cuba lah berubah.





Sunday, June 23, 2013

Tin kosong

Tin kosong selalu nya bunyi lebih nyaring
Hati yang kosong, jeritannya tak siapa pun boleh dengar. Mungkin.
Kalau hati tandus, maknanya itu jauh dari pencipta
tandus dengan kasih dan belas ihsan Tuhan
Kalau hati itu subur, dekatlah ia dengan Sang pencipta

Tuhan yang tak pernah jauh
Hanya makhluk yang selalu menjauhkan diri

London, kota metropolitan
penuh dengan ilmu
penuh dengan kebebasan
Tergantung pada pemilik mata dan pandangannya tentang kehidupan

Semakin jauh dari Tuhan
Semakin bebas kamu

Semakin dekat dengan Tuhan
Semakin banyak ilmu manfaat yang kamu perolehi
keberkatan datang tanpa dijangka dan kasih sayang Tuhan pasti
mengirini setiap jalan itu
Asalkan niatnya keranaNya

Aku tahu perjalalanan ini masih jauh
Aku tak mahu ia sia-sia
Aku tak mahu hari tua ku penuh sesalan

Aku mahu jadi yang berilmu
ilmu penuh di dada
sekalipun  yang memenuhi alam ini
Hanya lah setitis dari yang dimilikiNya
Aku mahu bahagia dunia dan di hari-hari selepas dunia


manusia diuji pelbagai cara dan sudut
Kalau dunia ini dianggap seperti ujian dalam peperiksaan
result nya adalah ketika di hari penghitungan nanti
Yang pasti kita wajib lulus
markah mungkin berbeza
kerana pintu jannah itu juga berbeda
Yang penting bukan kepanasan neraka yang mahu diharungi
kerana kita terlalu lemah untuk itu,
sangat lemah.

Tuhan mengajar dan mengasihi hambaNya
dalam pelbagai cara juga
tergantung pada kehendakNya
Hanya Tuhan ku dambakan permintaan
Kerana DIA sahaja mampu mengubah sesuatu menjadi
mengikut kehendakNya
yang tentunya ia adalah terbaik untuk kita

benteng dan keutuhan iman 
aku pohonkan setiap masa
Moga sentiasa dalam lindunganNya


Sibuk dengan urusan dunia?
alasan untuk ibadah selalunya begitu
CUma kdag kala kita lupa\
siapa pemberi kesempatan dan masa
dan kemudahan dalam urusan?
Kalau urusan dengan Tuhan diselesaikan dengan penuh
keikhlasan dan di awal waktu
Ia tak susa bagi DIA untuk mudahkan urusan dunia kita


Aku tak mahu jadi tin kosong yang
bunyi nya kuat
isi nya tiada

Akua mahu hidup ku
sentiasa selamat dan dirahmatiNya

Percaya janji Tuhan Yang Maha benar
itu senjata aku


Wassalam



Thursday, May 23, 2013

MALAS

Disebabkan aku rasa tengah marah

Aku berperassan begini,
tadi aku stock up barang di lab
tolong kak Alia
cell lab

aku memang belum ada access ke lab ni
sebab belum buat cell nya keje
so saja bantu dia
and aku ok

aku saja tanya
orang lain tak stock up ke
Dia kata semua orang tak buat
Dia je buat

Omputih memang pemalas
sangat pemalas benda-benda kehambaan
benda-benda nak kene angkat2 brg and susun-susun ni

aiyoo, Asian jugak rajin

aku geram sebba kesian kat kak Alia
boleh je diorang buat dek je tak tolong pun
tanya apa ntah lagi

its ok,
marah aku kejap, tapi aku tau dah perangai diorang

banyak benda baik drpd diorang, 
nanti aku cerita


Wednesday, May 22, 2013

NAIK PANGKAT?



Sebelum terbang ke London aku sempat mohon naik pangkat ke DM52
Diikutkan memang belum cukup syarat 5 tahun berkhidmat
tapi aku hantar je
mengisi borang nya sangat la cerewet.
mana tau rezeki kan?
hasil usaha keras
dan kasih sayang Allah yang tak pernah putus
walaupun kadangkala lupa padaNYA

minggu lepas
ada orang admin update pada aku
aku punya permohonan di 'hold' dahulu
sebab tak cukup syarat 5 tahun
ada juga teman sekerja yang email aku
bgtau cerita-cerita ini itu
ketua pusat tak sokong sbb
'he's too young'
owh  itu lebih mengecewakan

Patut la fac aku msih di takuk lama
masih ada org berfikiran macam ni
owh orang boleh kata aku gila kan
gila dan gila kan
ye aku marah

lagi-lagi dia risau oranga akan 'argue' kalau aku dapat
owh memang sukar memuaskan hati orang
tapi sampai bila mahu begini?


Bila depan kita ckp lain, depan kata lain
puji sampai ke langit dan kata boleh,
tapi, erm

hanya Tuhan membaca hati manusia


Baru-baru ni sebelum pilihanraya
VC ada buat verbal sttmnt
bukan pekeliling
untuk mohon 52 tak perlu 5 tahun, 3 tahun dah cukup.
ia amat menggembirakan, tapi?
tunggu sahajalah


kesimpulannya sebarang janji berbentuk verbal
bukan lah jaminan.

Apa -apa pun
mungkin Tuhan suruh aku muhasabah diri
mungkin ada lah yg DIA nak bagi yang lebih baik
atau mungkin saja dilambatkan , takut aku lupa diri kan

mungkin, aku belum bagus dalam sepanjang 3 tahun bekerja ini

Aku percaya bahawa jika Tuhan ingin memberi,
dan seluruh manusia di dunia tidak bersetuju pun,
kita tetap akan dapat.
dan hati-hati manusia sesungguhnya dikuasai oleh Allah.
InshaAllah, mesti yang terjadi ada baik nya.

Sunday, May 12, 2013

salam
dah lama aku tak menulis 
tapi hari ini aku rs aku perlu menulis
kadang kala lidah tak mampu nak berbicara untuk berkongsi dengan kawan2
maka nya aku pun menulis hari ini.

waktu aku menulis ni, aku dah masuk bulan ke 3 untuk PhD aku.
wah cepatnya masa berlalu.
rasa macam semalam baru sampai London.

Bercerita pasal London 
L.O.N.D.O.N
aku tak sangka aku berada kat sini sekarang
antara kota terkemuka dunia.
banyak benda di sini
lain kali aku cerita

sepanjang 2 bulan ni,
aku dah present aku punya research update
sebanyak
2 kali
kali pertama : polymer subgroup meeting (postdoc and phd students-15 orang)
kali ke dua : big group meeting ( dgn kehadiran Molly, semua postdoc dan semua PhD students : ~70 orang)

3kali dah aku tukar projek.
proses penukaran tu selama tu jugak la aku nangis(sendrik je la kan)
Minta pd Allah supaya aku diberikan bidang dan perkara terbaik.


akhirnya research theme aku jadi " surface characterisation of conductive biomaterials"

alhamdulillah syukur, aku memang sangat happy.
lepas aku present, kedua2 mentor aku sangat la happy. Molly pun happy.
dalam big group meting, aku dapat jawab semua soalan.
soalan pun tak berapa banyak, sbb diorang tak pernah guna pun XPS untuk characterize.
hehe

sepanjang kerja,
paresh adalah kawan aku untuk bergurau and curah kan perasaan apa2. Dia pun macam tu. selalu cerita apa2 masalah
kak Alia, byk sgt tolong aku biasakan diri dengan suasana semasa dan benda2 lain. aku pun selalu pinjam brg dia. hehe
Dia dah nak habis dah September ni. 
Owh panjang lagi kisah aku, ada lagi 2 tahun 9 bulan.

Damia dan Geofferey adalah mentor2 aku.
mereka postdoc.

Damia agak garang, tapi memang byk tolong aku, akhir2 ni dia baik dengan aku, cakap pun slow je. 
Geoff sangat suka guide aku, dan akan pastikan semua nya perfect.
entah berapa kali entah dia semak slide presentation aku.


hampir 3 bulan ni jugak, aku jumpa ramai kawan2.
own memang ramai.
kadang2 pening
bukan apa, banyak sangat ragam.
aku tahu mereka semua baik-baik.

aku sangat menghormati urusan peribadi mereka
walaupun kadangkala ada yang aku tak bersetuju dan tak mampu untuk menegur.
Doakan saja lah
aku sendriri pun banyak kelemahan
sangat banyak

cabaran hdup sebaga bujang di kota london
hanya difahami oleh oleh yang merasainya
aku tahu mana-mana pun sama

tapi memang sukar menjadi ikan yang tidak juga masin bila ke darat
walaupun hidup dalam air laut yag sangat masin.

Sebanarnya Allah lebih Tahu segal-galnya dan lebih memahami kita semua
Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza
sebab pengakhiran kita adalah syurga atau neraka.
Untuk membina taqwa itu bukan mudah
apatah lagi menjaganya
sedangkan air yang ditatang dengan hati-hati pun boleh
tumpah tanpa diduga inikan pula
hati manusia yang kerapkali berubah bila diuji.

Wednesday, April 24, 2013

My first presentation

Salam

Semalam aku present dalam subgroup polymer. Tu presentation pertama aku kat sini.

Tangan aku shaking habis and sgt sejuk.
Oh Tuhan Saja tahu kan.

Sebab takde org expert in XPS melainkan Geoff( research associate yg byk Bantu aku). So banyak la kan soalan psl peak yg aku fit tu. yg aku tak leh jawab tu Geoff tolong jawab kan. Haha

Alhamdulillah semua org. Damia( postdoc- mentor aku jugak) pun nampak happy.

Bila habis Geoff and Damia kata ' you did very well' .

Tapi aku rasa macam tak puas hati. Ingat kan boleh jawab semua soalan.
Apa apa pun,Yang aku suka pasal sub group meeting ni sbb idea yg diberi adalah untuk bantu and takde nya nak condem2 ni.

Petang nya aku g dinner dgn joe, awis, Aida and Ain Kat camden town.

Harini sambung fitting XPS nya peaks.
Smlam aku bgtau Geoff aku mula enjoy buat benda ni. Hehe

Geoff banyak sangat bantu aku. Aku kan slow and blur. Alhamdulillah syukur sangat.


Aku rasa bila kita rasa keberadaan Allah tu adalah sentiasa nampak apa kita buat, kita akan terus berakhlak baik dan kerja kerana DIA. Bila kita buat macam tu kerja semua jadi mudah. Sbb semua dalam seliaanNya dan kita minta pun pdNya kan?

Waallahua'lam



Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)