Thursday, November 28, 2013

Bismillah

Alhamdulillah, sudah hampir Sembilan bulan aku di kota London. Kota penuh dengan kemeriahan duniawi juga sarat dengan ilmu. Tergantung pd yang menilai dan cara kita hidupi nya
Sudah lama aku ingin menulis, tapi aku belum cukup kuat untuk biarkan jari aku menari atas huruf-huruf ini , risau apa yang aku tulis sedikit pun tiada manfaat nya pd orang lain atau pada aku sendiri.
Risau itu hanya lah alasan.

Cerita #1
Aku semakin hampir untuk  hadapai viva 9 bulan pertama. Report setebal 65 ms sudah lama sangat aku godek, ubah sana sini. Dah 2 kali hantar pd post-doc mentor aku. Sekali pd main and co-sv. Banyak harus diperbaiki. Terutama figure2, graph2 dan chemical structure.

Proses belajar memang pahit.
Di hina , dicerca (pada pandangan aku sahaja, boleh jadi pd mereka itu biasa) itu sangat la menyakitkan. Menjadi seorang yg jarang melawan dan selalu angguk je. Itu lah aku. Aku sentiasa percaya perkara-perkara ini adalah yang terbaik untuk ku. Aku mohon Allah sentisa beri apa yang baik untuk aku. Jadi, aku yakin itu lah yg baik untuk aku. Aku berubah bila aku terasa.

Aku terlalu berharap aku boleh balik ke Malaysia lepas viva. Dan harap nya viva tu akan jadi secepat mungkin.




Cerita #2

Alhamdulillah. Kuasa tuhan  itu melimpah ke suluruh alam. Kepada semua manusia. Kepada yang mahu dan yang enggan sekalipun. Bulan lepas, aku dinaikkan pangkat DM52, ke jawatan pensyarah kanan. Aku gembira. Mak, bapak dan keluarga aku, semua kongsi kegembiraan ini. Tidak lupa kawan-kawan yang baik dan fahami aku, semua gembira. Aku harus terima kasih terutama pd dayang, rj, zarif, geng lorong CTU, yang selama ini menjadi penyumbang mewarnai hidup aku. Juga-kawan2 lain. Aku doa kita semua Berjaya dunia akhirat dan Berjaya capai impian.
Ada yang tak gembira?  Ada mungkin. Aku seharusnya tak perlu fikir perkara ini. Tapi kerana aku ada pemikiran seperti manusia biasa,aku terfikir apa orang akan kata.aku juga dengar perkara yg tak enak. Apa-apa pun. Itu lah rencah kehidupan. Aku bukan lah siap2 mahu memuaskan hati kamu2 semua. Aku doa kamu semua dapat yang baik untuk kamu.


Aku fikir ini amanah yang besar. Bukan semata-mata wang. Tetapi aku harus pamerkan kualiti kerja. Menjawat jawatan pensyarah kanan pada usia ini, aku sangat bersyukur. Aku juga punya impian dan target. Aku mahu jadi insan berguna pada ummat ketika usia muda, tua dan sepanjang hidup aku. Aku mahu jadi professor bidang aku. Aku mahu capai nya sebelum umur ku 40 tahun. Mustahil? Ia tidak mustahil kalau usaha dan restu Allah mengiringi pasti tercapai. Moga-moga menyumbang sesuatu untuk umat dan sumbangan ini jadi bekalan aku di sana nanti.

Cerita #3

Secara umum, hampir 9 bulan di sini, aku lalui banyak perkara. Dari segi kehidupan sosial yg mencabar,aku kenal apa itu persahabtan, apa itu kasih saynga dan apa itu nilai ukhwah. Kawan mudah di cari, tapi kawan yang kan bersama kita di atas dan di bawah, bukan senang nak cari. Entah lah. aku hnya bawa watak aku yang begini. Aku juga belaja budaya sangat menghargai orang di sini. Lebih selalu berterima kasih. Walaupun London selalu di omokkan dgn dengan  kehidpuan elit, kesombongan dan keangkuhan. Aku peduli apa.  aku lupakan pandangan manusia-manusia begini. Kerana aku tak pernah lekang senyumku bila Nampak orang Negara ku di sekitar. Bukan kene bayar pun nak senyum.

Aku selalu jumpa manusia yang kata, “eh jgn kawan dgn melayu. “Jgn pergi kawasan tu sbb ada melayu. Nanti kau takkan maju. Kau takkan berfikiran yg lebih bagus.
Aku faham apa yang cuba mereka sampaikan. Bagi aku, kau kawan lah dengan sesiapa pun. Kalau kau yg tak mahu berubah, kau tetap manusia sama. Kau sbenarnya yang aneh. Membiarkan orang lain mempengaruhi hidup kau.

Berubah lah kerana tuhan.

Aku juga pernah banyak melakukan khilaf. Kerana terikut2 kan kawan. Saya salahkan diri aku sendiri. Kerana membiarkan mereka pengaruhi aku, walaupun mereka tiada niat mmpengaruhi.
Kita belajar tentang kehidupan. Hidup ini sekolah. Setiap hari kita belaja benda baru.
Harapannya kita lebih baik dari semalam. Bukan celaka mahupun rugi. Susah? Memang. Cuba lah berubah.





No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)