Sunday, June 23, 2013

Tin kosong

Tin kosong selalu nya bunyi lebih nyaring
Hati yang kosong, jeritannya tak siapa pun boleh dengar. Mungkin.
Kalau hati tandus, maknanya itu jauh dari pencipta
tandus dengan kasih dan belas ihsan Tuhan
Kalau hati itu subur, dekatlah ia dengan Sang pencipta

Tuhan yang tak pernah jauh
Hanya makhluk yang selalu menjauhkan diri

London, kota metropolitan
penuh dengan ilmu
penuh dengan kebebasan
Tergantung pada pemilik mata dan pandangannya tentang kehidupan

Semakin jauh dari Tuhan
Semakin bebas kamu

Semakin dekat dengan Tuhan
Semakin banyak ilmu manfaat yang kamu perolehi
keberkatan datang tanpa dijangka dan kasih sayang Tuhan pasti
mengirini setiap jalan itu
Asalkan niatnya keranaNya

Aku tahu perjalalanan ini masih jauh
Aku tak mahu ia sia-sia
Aku tak mahu hari tua ku penuh sesalan

Aku mahu jadi yang berilmu
ilmu penuh di dada
sekalipun  yang memenuhi alam ini
Hanya lah setitis dari yang dimilikiNya
Aku mahu bahagia dunia dan di hari-hari selepas dunia


manusia diuji pelbagai cara dan sudut
Kalau dunia ini dianggap seperti ujian dalam peperiksaan
result nya adalah ketika di hari penghitungan nanti
Yang pasti kita wajib lulus
markah mungkin berbeza
kerana pintu jannah itu juga berbeda
Yang penting bukan kepanasan neraka yang mahu diharungi
kerana kita terlalu lemah untuk itu,
sangat lemah.

Tuhan mengajar dan mengasihi hambaNya
dalam pelbagai cara juga
tergantung pada kehendakNya
Hanya Tuhan ku dambakan permintaan
Kerana DIA sahaja mampu mengubah sesuatu menjadi
mengikut kehendakNya
yang tentunya ia adalah terbaik untuk kita

benteng dan keutuhan iman 
aku pohonkan setiap masa
Moga sentiasa dalam lindunganNya


Sibuk dengan urusan dunia?
alasan untuk ibadah selalunya begitu
CUma kdag kala kita lupa\
siapa pemberi kesempatan dan masa
dan kemudahan dalam urusan?
Kalau urusan dengan Tuhan diselesaikan dengan penuh
keikhlasan dan di awal waktu
Ia tak susa bagi DIA untuk mudahkan urusan dunia kita


Aku tak mahu jadi tin kosong yang
bunyi nya kuat
isi nya tiada

Akua mahu hidup ku
sentiasa selamat dan dirahmatiNya

Percaya janji Tuhan Yang Maha benar
itu senjata aku


Wassalam



No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)