Wednesday, May 22, 2013

NAIK PANGKAT?



Sebelum terbang ke London aku sempat mohon naik pangkat ke DM52
Diikutkan memang belum cukup syarat 5 tahun berkhidmat
tapi aku hantar je
mengisi borang nya sangat la cerewet.
mana tau rezeki kan?
hasil usaha keras
dan kasih sayang Allah yang tak pernah putus
walaupun kadangkala lupa padaNYA

minggu lepas
ada orang admin update pada aku
aku punya permohonan di 'hold' dahulu
sebab tak cukup syarat 5 tahun
ada juga teman sekerja yang email aku
bgtau cerita-cerita ini itu
ketua pusat tak sokong sbb
'he's too young'
owh  itu lebih mengecewakan

Patut la fac aku msih di takuk lama
masih ada org berfikiran macam ni
owh orang boleh kata aku gila kan
gila dan gila kan
ye aku marah

lagi-lagi dia risau oranga akan 'argue' kalau aku dapat
owh memang sukar memuaskan hati orang
tapi sampai bila mahu begini?


Bila depan kita ckp lain, depan kata lain
puji sampai ke langit dan kata boleh,
tapi, erm

hanya Tuhan membaca hati manusia


Baru-baru ni sebelum pilihanraya
VC ada buat verbal sttmnt
bukan pekeliling
untuk mohon 52 tak perlu 5 tahun, 3 tahun dah cukup.
ia amat menggembirakan, tapi?
tunggu sahajalah


kesimpulannya sebarang janji berbentuk verbal
bukan lah jaminan.

Apa -apa pun
mungkin Tuhan suruh aku muhasabah diri
mungkin ada lah yg DIA nak bagi yang lebih baik
atau mungkin saja dilambatkan , takut aku lupa diri kan

mungkin, aku belum bagus dalam sepanjang 3 tahun bekerja ini

Aku percaya bahawa jika Tuhan ingin memberi,
dan seluruh manusia di dunia tidak bersetuju pun,
kita tetap akan dapat.
dan hati-hati manusia sesungguhnya dikuasai oleh Allah.
InshaAllah, mesti yang terjadi ada baik nya.

No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)