Sunday, May 12, 2013

salam
dah lama aku tak menulis 
tapi hari ini aku rs aku perlu menulis
kadang kala lidah tak mampu nak berbicara untuk berkongsi dengan kawan2
maka nya aku pun menulis hari ini.

waktu aku menulis ni, aku dah masuk bulan ke 3 untuk PhD aku.
wah cepatnya masa berlalu.
rasa macam semalam baru sampai London.

Bercerita pasal London 
L.O.N.D.O.N
aku tak sangka aku berada kat sini sekarang
antara kota terkemuka dunia.
banyak benda di sini
lain kali aku cerita

sepanjang 2 bulan ni,
aku dah present aku punya research update
sebanyak
2 kali
kali pertama : polymer subgroup meeting (postdoc and phd students-15 orang)
kali ke dua : big group meeting ( dgn kehadiran Molly, semua postdoc dan semua PhD students : ~70 orang)

3kali dah aku tukar projek.
proses penukaran tu selama tu jugak la aku nangis(sendrik je la kan)
Minta pd Allah supaya aku diberikan bidang dan perkara terbaik.


akhirnya research theme aku jadi " surface characterisation of conductive biomaterials"

alhamdulillah syukur, aku memang sangat happy.
lepas aku present, kedua2 mentor aku sangat la happy. Molly pun happy.
dalam big group meting, aku dapat jawab semua soalan.
soalan pun tak berapa banyak, sbb diorang tak pernah guna pun XPS untuk characterize.
hehe

sepanjang kerja,
paresh adalah kawan aku untuk bergurau and curah kan perasaan apa2. Dia pun macam tu. selalu cerita apa2 masalah
kak Alia, byk sgt tolong aku biasakan diri dengan suasana semasa dan benda2 lain. aku pun selalu pinjam brg dia. hehe
Dia dah nak habis dah September ni. 
Owh panjang lagi kisah aku, ada lagi 2 tahun 9 bulan.

Damia dan Geofferey adalah mentor2 aku.
mereka postdoc.

Damia agak garang, tapi memang byk tolong aku, akhir2 ni dia baik dengan aku, cakap pun slow je. 
Geoff sangat suka guide aku, dan akan pastikan semua nya perfect.
entah berapa kali entah dia semak slide presentation aku.


hampir 3 bulan ni jugak, aku jumpa ramai kawan2.
own memang ramai.
kadang2 pening
bukan apa, banyak sangat ragam.
aku tahu mereka semua baik-baik.

aku sangat menghormati urusan peribadi mereka
walaupun kadangkala ada yang aku tak bersetuju dan tak mampu untuk menegur.
Doakan saja lah
aku sendriri pun banyak kelemahan
sangat banyak

cabaran hdup sebaga bujang di kota london
hanya difahami oleh oleh yang merasainya
aku tahu mana-mana pun sama

tapi memang sukar menjadi ikan yang tidak juga masin bila ke darat
walaupun hidup dalam air laut yag sangat masin.

Sebanarnya Allah lebih Tahu segal-galnya dan lebih memahami kita semua
Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza
sebab pengakhiran kita adalah syurga atau neraka.
Untuk membina taqwa itu bukan mudah
apatah lagi menjaganya
sedangkan air yang ditatang dengan hati-hati pun boleh
tumpah tanpa diduga inikan pula
hati manusia yang kerapkali berubah bila diuji.

No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)