Sunday, January 24, 2010

salam

hari ini seperti biasa hari aku akan balik ke shah alam
esok ada kelas,petang

semalam hari meraikan nurul iman areesya
ni photo beliau

sedap nya beliau tidur

cerita pasal tidur
masa otw balik kg hr jumaat haritu
aku hmpr accident
coz terlelap
inilah satu perangai buruk yang susah nak hilang
haritu hujan

gambar ni ambl masa aku tak ngantuk n before hujan lagi
tapi umur panjang lagik
so mampu menulis lagi ni

ikhlas,
mati,
2 perkara yang sangat misteri
bebas berlegar sepanjang minggu dalam kepala aku

sabar,
taqwa,
aku sedaya upaya tanamkan
dalam hati
hasilnya
Tuhan saja tahu
payah nya
berjaya atau tidak
Tuhan lebih tahu

dulu
pernah dibicarakan
apsal mengata orang
mak sendiri cakap,jangan mengata orang
kalau kita kata orang,kita kata diri sendiri
tapi masa mulut nak bercakap,atau tangan ligat menaip
semua tu macam tak berguna lagi

Bila sesuatu terjadi,barulah
kita ingat
owh, dulu aku...bla bla

menyesal gak
tapi belajar
hidup setiap hari adalah untuk belajar
bukan untuk gagal
bukan untuk ulangi kesilapan

Kadangkla Tuhan tunjukkan sesuatu
supaya kita sedar
insaf
Dunia dan isinya bukan untuk selamanya
bukan untuk diraikan setiap masa
tapi perlu diisi dengan sesuatu yang faedah
untuk hari kemudian

enjoy nya mengajar bila
before class tu dah prepare dengan sebaik nya
tak best kalau
tak prepare secukupnya
salah sendiri
cubalah baiki



cinta dan kasih sayang
anugerah ilahi
mengapa kita kasih A and B berlainan kapasiti nya
kasih itu rahmat Allah
manusia tidak akan bisa
memberi kasih seadilnya
ia nya dari Tuhan Yang Maha Suci
Hakikatnya hati itu luas
masih banyak ruang untuk diisi

2 comments:

Nur Hazira said...

muz ko lecturer science ke lecturer bahasa...jiwang sgt puitis ko ni

muzamirmahat said...

jiwang pe nye..
aku suka cr ni
hahhaha

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)