Tuesday, January 19, 2010

R.I.N.D.U

salam

Terasa amat rindu
rindu teramat sangat
kadang kala seperti
terasa dekat

kadangkala jauh
jauh sangat

tidak mahu lagi sengsara
dengan perangkap dunia
yang penuh noda
dan tipu daya

Biarkan batang tubuh ini
bahagia dengan redhaMu
bebas dari sikap dengki manusia
dan mendengki manusia
bebas dr gangguan iblis laknatullah

Kerapkali jiwa dan tubuh ini
rasa sentiasa bergetar
bila
teringtkan
kasih sayang yg tidak pernah
lekang dr tubuh hina ini

yang masih bernyawa
masih meminjam udara segar
kaya dengan kemudahan
kasih sayang
wlwpun ada kekurangan
kerana tiada yang sempurna melainkanNya

masa berlalu begitu pantas
seperti
tidak tahu apa
yang sedang dilalui
segala2nya pantas

Dunia penuh
dengan tipu muslihat
bisikan syaitan
bisikan nafsu
selalu saja melalaikan

masa tak mungkin berputar
kembali
sampai bila2 pun
hiduplah kerana Tuhan
Syurga dijanjikan

Tuhan ampunkan aku
jika sisa umur ku masih terisi
oleh benda yang sia2
kelazatan dunia yang hina

Tuhan ampunilah aku
jika terlebih melakukan urusanku
berbanding urusanMu
yang jelas denan ganjaran redhaMu

Tuhan maafkan aku
atas dosa2 lalu
mmbelakngi
arahanMu
sengaja ataupun sebaliknya

Tuhan rahmatilah aku
yang serba hina
di mata Mu
sungguh kerdil diri ini
tetapi tetap bertuhankan Mu yang satu
Esa.

Jiwa dan tubuh ini
kadangkala terlalu letih
memenuhi tuntutan dunia
yang penuh dengan penipu
penipuan
penipu dan penipu

Iman yang bagai kulit bawang nipis nya ini
terkadang tunduk pada nafsu dan tuntutan dunia
yang hanyalah bangkai dimataMu

Cukuplah Hanya engkau sebagai
Tuhan ku
Ya Tuhanku
Ya Allah

Tuhan
mudahkanlah
jalan menuju syurgaMu yang kekal abadi itu
Harap jalan2 itu terang
tak perlu menyuluh lagi
cumanya pasti ia beronak berliku
moga tak terjatuh lagi
kerana
terlalu sakit bila mahu bangkit
dari sebuah kedukaan dunia yang sangat fana

No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)