Boleh kah kita hidup aman?
Aku sungguh percaya dan yakin
kita boleh hidup aman
Aman,bahagia dan tenang
semua dibuat kerana takut dan patuh pada Allah
bukan mengejar apa orang kata atau penghargaan manusia
Kita boleh buat dan capai apa shaja
dengan Allah
Allah lah yang memandu kita
menunjukkan jalan yang betul
percaya atau tidak
kita membuat keputusan stiap hari
setiap tingkahlaku dan gerak geri;
kalau Allah dekat dengan kita
jalan kita akan lurus shaja
tak ada kekesalan,rungutan dan emosi melampau2
sebab kita tahu Allah yang bantu kita
Aku dan semua orang
mesti rindukan
hidup tanpa alasan,
hidup bebas dari mengumpat,
hidup tanpa pransangka buruk
AMAN lah kalau begitu
seronoknya
bebas dari noda hitam yg suka
berkampung di hati kita
Ya kita percaya manusia berbeza2
tapi smpai bila kita mahu keras kepala
dengan emosi dan pemikiran yg buruk
dan sangat menjengkelkan
ingatan ini untuk diri sendiri juga
Aku rasa aku dah jumpa formula untuk satu perubahan
berubah luar dan dalam
dalaman kita boleh berubah,dan
kalau tidak disokong dengan luaran,lama2
ia kurang bertahan
hijrah makani diperlukan dan
perhijrahan ini biarlah kerana Tuhan
InshaAllah
selamat tinggal masa silam dan perangai buruk
ia akan di ingatan
banyak aku pelajari
aku tahu tinggi rendah langit ini
hitam putih hati manusia
"banyak' ku rasa kan ini
hanya cebisan dari kehidupan yg masih mentah
menuntut analisa yg baik
supaya ia bermakna
dan ada sejuta erti buat kehidupan slepas ini
yang lebih kekal dan abadi
Monday, December 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)

No comments:
Post a Comment