Assalamualaikum.
haha. lama betul tak update blog. alasan takde masa dah basi ok.
aku tak kira , aku harus menulis, menulis mencetus inspirasi,semangat,bina skrip kehidupan untuk terus maju dan dekat dengan Allah.
Dalam hidup ni macam2 karenah manusia
salah satu karektor nya aku lah
kita berhadapan mcam2 masalah
sebenarnya masalah semua berpunca dari kita sendiri
yang buat jadi masalah ialah ketidaksedian kita untuk membetulkan diri kita
sebab kita selalu rasa kita je betul
kawan aku cerita kat jepun kebanyakan orang akan mengaku dirinya salah
kalau apa2 berlaku
sangat bertanggungjawab
berebut2 walaupun kita tahu kitalah org yang salah,diorang tetap kata diorang yang salah.
patut la jepun maju sbb banyak tengok diri sendri perlu diperbetulkan,
bukan sibuk nak betulkan orang lain
ramai org sibuk sgt nk betulkan org lain
ini selalu berlaku :"eh,kenapa dia x macam ni,eh dia sepatutnya macam ni"
analogi macam ni
kalau kita tengok cermin,
kita tengok baju kita pakai senget
kita nak sengetkan cermin supaya kita nampak ok(kita betulkan keadaan) atau
kita betulkan baju kita yg senget tu (kita betulkan diri kita)
jawapan dah tau kan..
kita juga terlalu sibuk nak betulkan orang,kita jarang fikir tentang diri kita.
Betapa hubungan kita dengan Allah adalah segala2nya
kalau baik hubungan dengan Allah, baiklah hubungan dengan manusia
kalau kita faham dengan apa yang Allah beri dan syukuri,kita akan tenang
dalam kehidupan seharian
ramai sangat orang dengki dan busuk hati kan..hehe
bila kita tanya diri kita, eh mana ada aku dengki,
kalau kita nak bahagia, kita kene bahagia tengok orang bahagia
berapa ramai kita rasa tak suka tengok ada orang kaya dan selalu bersangka buruk pada mereka
kalau nampak awek cun bawak bmw, selalu kata " bapak /husband dia kaya boleh la, pempuan simpanan kot.."
jarang yang kata owh,maybe dia dah kerja keras kot.
ini amalan hati kotor dan kita kene bersihkan diri.
sangka baik, kita akan selamat
Wallahua'lam.
Thursday, November 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)

1 comment:
update blog setahun dua kali kan
heheheh
Post a Comment