1. Minggu lepas, hari sabtu teman kan akak ke kl . Masa otw balik singgah ke jakel,tujuan carik baju melayu anak buah n bapak saya. Tudung mak aku dah beli ikut warna yg dikehendaki. Nampak nya mak suka. Misi cari baju melayu tadi gagal. Sebab tak ada warna yg dikehendaki. Sambil jalan singgah jakel punya kedai carpet. Saja tengok2. Aku rs macam kelakar, aku saja je tanya berapa karpet bulu2 tu. Katanya 599. Bila aku nak balik harga jadi 399. 200 tu beza. Apa gaknya semua ini.
2.Bila aku fikir, kenapa kadangkal kita jumpa manusia pelik. Pelik dalam erti kata, susahnya kita nak faham kenapa seseorang tu bersikap sedemikian rupa. Apa yg aku fikir ialah, kasihnya Allah pada aku. Sebab Allah tak nak aku berperangai macam sikap2 yg aku tak suka ada pada org tu. Aku hanya perlu ambil yang baik sahaja. Ada manusia perlukan perhatian manusia, komen dan pendapat manusia dalam setiap tindakan nya. Mungkin untuk bgtau pada dunia betapa bagusnya dia. Meletakkan manusia untuk menghakimi tindakan nya. mengetepikan bahawa Allah Maha melihat semua yang berlaku.
3. muslim yang baik dan beriman akan mejaga tutur kata. kata-kata yg keluar dari mulut kita dan nadanya akan menentukan siapa diri kita. Ini semua orang ada. Berlembut la dalam kata2 dan tindakan. Pasti tak menyesal khsus pada masa hadapan
4 Isnin ni kene gerak awal sikit dr kg..Pagi2 ada taklimat penyediaan soalan exam n ptg ada meeting program.
5 Selasa dan Rabu ada training FESEM. Tak sabar nya..Moga Allah mudahkan urusan aku memahami ilmu2 pasal FESEM.Tanggungjawab besar rasanya nak jaga n maintain alat yg high end n mahal tu.

No comments:
Post a Comment