Ramdan kali ini lain sikit
Aku kurang nak rasa nak belanja banyak
aku hidup biasa2 je
kalau di shah alam, sahur biskut dan minum air
berbuka makan nasi
dan itu sajalah yg aku mkn
kalau lepas taraweh, ada moreh,makan la jugak
berat badan pun susut
Aku rasa seronok hidup simple macam ni
tak payah serabut2 fikir nak makan apa
ye,makan untuk hidup
Yang penting keberkatan bulan ini yang nak kene capai
Kalau lah sepanjang tahun mcam bulan ramadan
Kalau kat kg. mak masak sedap2
sahur makan nasi,buka pun macam2
aku makan gak,tapi tak la melantak macam dulu
kalau dah kenyang jadi ngantuk n malas nk sembahyang
Hidup ini perlu bermisi
Misi mendapat redha Allah, mati dalam iman dan minta masuk syurga
Dunia ini jambatan, banyak yg perlu dibuat
kerana tanggungjawab
kene selalu positif
Allah selalu bersama kita
kalau kita sentiasa ingat Dia
Tahun ini raya pun
rasanya nya tak de pun nak beli baju raya
Baju melayu kawan aku kasik ada
sbb nak jadi pengapit hari tu
ia dah cukup baru dan cantik untuk aku
Aku nak beli untuk bapak aku
n mak cukuplah
n bantu akak2 n ank buah sikit2
Aku percaya kita ada impian
dan cita2
tapi kalaulah apa yang kita lakukan
Allah tak redha macam mana
Kita selalu berperang dengan emosi
kita jarang jaga rohani kita
kita sibuk dengan hal yg tak bantu kita
dekat dengan Tuhan
Aku juga sedar
banyak perkara buruk terjadi
sebab kita tak jaga mulut kita
kita juga selalu prasangka buruk
bersangka macam2, dengan benda yg tak pasti dan tak pernah berlaku pun
Bila benda2 macam ni ada dalam hati
Hati pun resah
sedangkan kita lupa Allah yang mengawalnya dan sentiasa melimpahkan RahmatNya
Menurut Prof Muhaya,
jangan digali kubur lama
kita hidup dengan masa ini
bukan masa lalu
Benar,kita perlu muhasabah diri sentiasa
sangat perlu
kita belajar benda baru setiap hari
ini dan itu
supaya pada masa akan dtg
kita tak ulang benda2 silap hari ini
Tiada manusia sempurna
tetapi kasih sayang Allah pada kita
sentiasa cukup dan sempurna bila kita menggunakannya sepenuhnya
Aku juga percaya
kalau kita berbuat baik
kebaikan akan datang pada kita
Aku masih berusaha
untuk hidup kerana Allah
sepenuh hati
yang tak memerlukan manusia untuk menggembirakn hati
Cukuplah Allah menggembirakan dan membahagiakan kita
Kalau kita buat apa yg Allah suruh
tinggal apa yang dilarang
mesti bahagia punya
Kita tak perlu menyalah orang lain, mahupun diri sendri
dengan apa yang terjadi pada masa lalu
juga menyesal yg tak henti2
kerana ini adalah kehidupan
Setiap peristiwa ada hikmah nya
juga pengajran untuk kita jadi lebih matang
Kerana Allah sangat syangkan kita
setiap manusia ada kisah nya
Aku mahu kisah ku indah di mata Allah
moga di akhirat nanti mudah urusan ku
selamat datang 10 ramadan terakhir

No comments:
Post a Comment