Friday, October 29, 2010

Tuhan,
Aku ingin menangis
kerana kadangkala
aku rasa
dunia tidak berpihak padaku
dunia selalu menipu aku
dunia selalu buatkan seakan2 aku bersalah
wlwpun aku rasa tidak.

tapi
aku selalu memjuk diri
semua pasti ada hikmahnya
kerana Tuhan pasti lebih tahu

Tuhan,
kadangkala aku tidak lagi tertahan dengan
dunia yang banyak menuntut kesabaran
aku juga selalu memujuk
aku kene bersabar

Tuhan,
aku sentiasa rasa diri ini benar2 kecil.
Baru-baru ini,
Tuhan tunjukkan padaku
sesuatu yang di luar bidang kuasa aku
aku tak mampu mengubahnya
aku rasa aku terlalu kerdil dan sangat kerdil

adakah ia memang telah ditakdirkan sebegitu?
ia luar bidang kuasa kita

wlwpun ia di depan mata kita
kita hanya mampu menjaga hati sendiri dan berdoa
tuhan lah yang menguasai hati semua hati-hati semua
Tuhan juga lah yang berhak mecampakkan cahaya mahupun kegelapan dalam hati kita semua
Moga sinar nya terpancar sepanjang masa.

1 comment:

dayangbest said...

be strong ok
focus more on yourself
ignore others

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)