Monday, October 4, 2010

Tiba -tiba macam berdebar-debar
memikirkan hari-hari lepas,sekarang dan mendatang

dah masuk 7 bulan 1 hari aku keje(officially)
apa yg aku dah buat
apa yang aku xbuat lagi?>
banyak jawapan untuk soalan tu

Aku ke sini kerana Allah
takdirNya
untuk berbakti pada agama dan bangsa ini
terkadang malas nak berfikir
tentang hak yg telah tercalr
akibat tangan2 manusia ego

biarlah
keikhlasan Tuhan saja mengetahuinya

kadangkala juga
terfikir
inikah
yang aku cita-citakan dulu
sampai terlupa tuhan memeberi sesuatu dengan kesanggupan manusia menghadapinya
Dia tak pernah kejam

rupanya
macam ini lah bekerja ya
yang tahu diri kita ni bekerja hanya diri sendiri
walau dimata orang lain kita ni kadang-kadang tak buat apa

Ya,kerja!
dengan banyak kekangan
kelemahan yang tersorok mahupun jelas
masih byk ruang dan lohong besar
perlu disi dengan yang lebih baik

masa akan menjawab
kerana ia process pembelajaran
hidup ini sekolah
kenapa kita dah sekolah lama tapi tak pandai2?
dan ia juga peperiksaan

menjawab peperiksaan kena hati-hati
takut markah rendah
markah tinggi inshaAllah dapat redhaNya dan mudah masuk syurga..moga-moga

kadang kala
manusi malu untuk mengaku
diri nya lemah dihadapan org lain
kerana takut dipandang rendah
penting ke pandangan manusia?
bukan kah Allah lebih dan sangat2 tahu tentang keburukna dan kelemahan kita??

Keaiban mesti dijaga sperti disuruh
kerendahan diri juga mesti jadi nadi
melalui bara-bara api yang panas
kerana kuncinya TAKWA
hati-hati menjaga hati


kerna hati

manusia rosak
manusia lupa
manusia alpa
dan leka

nafsu tak terkawal
akal tidak berfikir untuk ke arah kebaikan

jatuh sekali sekala
perlu
agar kita tahu
tinggi rendah langit itu
roda yang berputar
tak selalunya bahgia
tangisan perlu dirasa
adil dunia ini tuhan ciptakan

kita juga tak pernah sempurna
menerima kewujudan manusia
disekeliling seadanya satu tanggungjawab
semua akan ok..

Tuhan bersama kita
selagi kita rasa DIA disisi
jika tiada rasa maka itu jauh tandanya
Dia tidak pernah jemu mengawasi kita
sedang kita lupa kamera akhirat sedang merakam perwatakn
kita di alam sekolah kehidupan yang sangat mencabar ini

Tuhan,
ampunilah aku..

No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)