Saturday, November 3, 2012

salam

Rasa nak tergelak, sebab lama gila tak update blog. gila berhabuk blog aku.

Harini aku balik dari team building di kg. gajah. Best la jugak, sebba macam enjoy2 je. boleh la..

Masa on the way balik tadi aku email org IC tanya pasal update aku nya application. Dah lama weh apply.
JPA dah mintak offer letter, baru aku tersentak. haha. terus gelabah, takut2 xdpt masuk istana.
Rabu depan adalah kali ke-2 dalam hidup masuk istana negara. Jumpa Agong kali ke 2. Istana lain-lain. agong pun lain-lain.

cerita pasal potential supervisor aku, tiba-tiba dia email aku cakap nak call pasal PhD.
ya rabbi. apa ntah nak dia tanya. mcm biasa, besties akan membantu..kehkehkeh. dayang n Rj memainkan peranan menjawab soalan2 bongok aku dulu.

6:41 pm unknown number masuk. Prof M.S call i ok! start la interbiu nya.
takut nya kalau xdapat n x diterima kan. ding-dong 10 minit sembang, Dia kata dia terima aku. legaaa! Alhamdulillah.
haruslah la terima..hehe. byr mahal kot yuran 23k pound kot setahun.
tapi rasa super duper happy sebab dia nak terima aku. dan dia bagi bidang yang memang teringin nak buat walaupun rs nya macm susah! nak kene culture cell segala. Aku kene synthesis, and characterize nanoparticle materials untuk diabetic application.
rasa macam best je. haha.  wlwpun bio aku spm tak dpt A.

Aku harap ini bidang terbaik untuk aku. Moga-moga semua nya mudah. Prof. mintak aku start asap. tapi aku bgtau maybe Feb or ogos. dia pun ok je. Dia bg tajuk tu aku rs ok. boleh la nak start baca-baca psl biology nya part. Sebbaik dayang buat bidang sama boleh la calling2 tny..hahhaha.

Sekarang tetiba terasa sangat perjalann hidup ni ke arah yang lebih bermakna. Baru rasa hidup.
Minta-mintak tuhan merestui perjalanan aku. aku memang nak complete PhD aku 3 tahun cukup-cukup.
Mintak-mintak boleh la.. tadi masa SV call, aku sempat tanya boleh tak. dan dia kata boleh. kene work hard katanya. inshaAllah...


Ok bye. nnti update lagi.

Assalamualaikum


No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)