Saturday, September 12, 2009

salam

Alhamdulillah dah sampai 22 ramdan dah
bulan yang aku paling banyak tak update blog rasanya
berbanding tahun lepas
jadinya nak tulis n luahkan semua
di library ni
pukul8 dah terpacak
semangat nak edit chapters in my project

best sangat ramdan kali ini
aku jumpa banyak sangat kawan yang sangat baik
yang aku rasa satu rahmat dari Allah supaya aku perbaiki diri aku
Alhamdulillah aku sangat bersyukur
Ramdan kali ni rasa sekejap sangat
aku sedih bila ramdan nak berakhir
sedih tak dpat nak berpuasa dan solat terawih lagi bila syawal nanti
dengan cara ini rasa dekat dengan Tuhan
puasa ramdan dengan bukan rmadan rasanya lain
dan bila berdoa dalam hati semuanya menjadi dan aku rasa tenang sangat
lebih pasrah dan lebih bersabar dengan ketentuannya
dengan apa-apa yang terjadi disekeliling aku

sedangkan langit pun tak selalu cerah
segala kegembiraan dan kesyukuran , ketenangan aku
diuji dengan benda benda yang aku tak jangka
ada juga manusia yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain kan
ditambah aku ni jenis lurus dan susah nak berkata 'tak' untuk sesuatu
aku sentiasa menghormati orang lain
tapi bila prinsip boleh terkorban
rasa marah sangat
marah itu api
aku hanya mampu berdoa supaya dijauhkan dari benda benda yang slah dan tidak diredhai Allah
Ya allah keluarkan lah hamba Mu ini dari permasalahan dunia ini

ramdan kali ini aku dapat buat banyak bnda yang bermakna
rasa bersyukur sangat
berbuka kat masjid paling best(walaupun baru 2kali)
thanks to fazli yang ajak
juga pergi ceramah "surat cinta dari langit"
best teramat sangat
terasa diri ini masih banyak nak kene study tentang Alquran
ye la selama ini baca je,nak baca tafsir sikit2 je

tentang project aku
akhirnya dapat jugak buat SEM
memang ada banyak lagi sampel tak buat
tapi jalan nya dah nampak
rasa tak sabar nak present dan habiskan final paper QC
nak kerja cepat dan nak duduk dekat dengan mak
tahniah gg dah present and tinggal nak bind je
jelesnya!
tahniah hazwan dah beli kete baru

masa ramdan ini
bila teringat kesalahn-kesalahn lalu
ras berjujuran je air mata ni
aku manusia biasa je
kadang-kadang bila mata melihat
hati selalu bersangka buruk pada orang lain
Macm mna ntah nak mintak maaf kat semua orang?

tak sabar nak tunggu raya
sebab boleh jumpa semua family members
ye la semua duduk jauh2
azim and afiq dah lepas UPSR
best nya diorang merdeka !

tengah malam mak call dan suruh solat dan mngaji
ye la kan dah 20 terakhir ni
aku balik rumah untuk cuti raya selasa pagi

sorry to frens fr mrsm serting
tak dapat join buka puasa ahad ini
aku kat JB wei,lusanya dah nak balik rumah
ditambah kerja bertimbun

oklah nnati tulis lagi
sambung kerja
wassalam

2 comments:

aBi dan uMmi SaLsabiLa sYg said...

salam ziarah..nice blog...walaupun hanya berbntuk story..tapi ada bnda yang benrmnfaat disebaliknya...tahniah ye...teruskan bekarya..bnyakkan doa tuk cari anna (kcb)...selama maju jaya...waslam...

muzamirmahat said...

thank u!nice to meet u here.i did visit yr blog,but i could'nt leave the comment.

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)