Saturday, October 18, 2008

10 minutes to read and think!



ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu..

ketika kau berasa sunyi dan teman-teman terlalu sibuk untuk menelefon mu ingatlah Allah sentiasa di samping mu..

Ketika kau fikir kau telah berusaha dan sesungguhnya tidak tahu hendak berbuat apa lagi..Allah mempunyai jawapannya

ketika segalanya seperti tidak masuk akal dan berasa amat tertekan...Allah sentiasa menenangkanmu

Ketika kau tiba-tiba dapat melihat jejak-jejak harapan...sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu

ketika sesuatu berjalan lancar dan kau terasa ingin mengucap syukur....Allah telah pun memberkatimu

ketika sesuatu indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...Allah akan tersenyum pada mu

ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,Allah sudah membuka matamu dan memanggil namamu

ketika kau fikir hidup sedang menanti sesuatu dan waktu berlalu begitu saja,Allah sentiasa menunggu bersama-sama mu

Oleh itu ingatlah diman pun kau berada dan ke mana pun ..Allah akan mengetahui dan berada di samping mu..


Allah knows best!

No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)