Salam
Bila otak penat bekerja
dan dipaksa untuk bekerja
badan akan secara tak langsung jadi penat
ya Allah penat KAP tak hbs lagi
lepas KAP hari tu terus balik rumah mak
smpai2 je terus pengsan
telan panadol sbb sakit n pening kepala sgt2
jarang la pulak sakit kepala
tetibe je
ptg,tak pegi pun tlg kenduri rumah sedara
malam je dtg makan je..
teruk!
tapi dh xlarat nak wat camno kan
sembang dgn sepupu
"apa makna kejayaan ek?"
"kejayaan tu subjektif...setiap org istilah berjaya tu lain2"
"ada org pakai kete besar,umah besar,dia kata dia dh berjaya"
ada orang asaal hidup tenang2 n bahagia dah berjaya"-aku
tiba2..
"kejayaan yg sbenar ...
bila azan je,hayya alassolah kan??mari menuju kejayaan..
maksudnya kejayaan yg sbnr ialah bila kita betul2 buat apa yang Allah suruh,tinggalkn apa yang dia larang..n ikut apa yang Rasullullah amalkan..."kita masih jauh...!!!jauh sangat!
ya Allah!
Monday, November 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)
(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)

3 comments:
selamat tahun baru hijrah.semoga jadi lebih baik dari tahun lepas.
akhirnya berjaya jumpa nama muzamir mahat bila di "google" seperti arahan kak miza...
"kadang-kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yg indah, tapi Allah SWT berikan kita kaktus berduri. Kita meminta kupu-kupu, tapi diberikan ulat. Kita pun rasa sedih bahkan kecewa...Namun akhirnya kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu-kupu cantik...Itulah jalan Allah SWT, indah pada waktu-Nya! Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan. Kadang kita sedih, kecewa, terluka, berburuk sangka. Tapi jauh di atas segalanya, Allah sedang merangkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita...Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha.
Semoga MAAL HIJRAH 1432 adalah jambatan utk kita mencari lebih banyak keredhaan Allah..dan lebih banyak bunga2 dan kupu2yg indah akan hadir hidup kita.
salam maal hijrah kak miza n kak alu..hehhe
thanks a lot!
Post a Comment