Tuesday, August 17, 2010

Salam ramadhan

pejam celik pejam celik
dah 7 ramadhan hari ini

fasa rahmat pun hampir dipenghujungnya
moga2 cubaan memperoleh sebanyak rahmat akan tercapai
keampunan dosa setahun lalu
dan bebas dari api neraka menanti 20 slps ini

hidup ini kan org kata mcam roda
ada atas ada bawah
ada turun naik
tu yg pening tu
asyik putar putar

kat tengah camne?


warna warna kehidupan
yg menghiasi kehidupan kita
boleh menceriakan,mendukakan,menyakitkan
boleh jadi apa2 pun perasaan yg tak terjemah
mungkin
dah jadi lebih dari 7 warna gamaknya

banyak orang banyak ragam
saya seorang yang
menjadi manusia yg tidak tahu berkata
tidak
agak merunsingkan kan!

apa2 pun hidup ini kan sekolah
belajar dari kesilapan
adalah sesuatu yg baik
kerana tiada yg sempurna
belajar ,belajar dan terus belajar

hidup mesti diteruskan
belajar mesti sentiasa
rajin itu wajib
mari hidup dengan tenang2 , lebih terurus dan ditempuh dengan jayanya!


No comments:

Untuk difikir-fikirkan dan dihayati..

"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan letakkan kafakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)".

(riwayat at-Tirmizi;dinilai hasan oleh al-Albani)